Wednesday 18 July 2012

Letusan Gunung Berapi Paling Dasyat di Asia, Gunung Berapi Pinatubo

Keluasan Filipina ialah kira-kira 3000,076 kilometer persegi. Secara umumnya, Filipina terdiri daripada dua pulau utama iaitu Pulau Luzon dan Mindanao serta 7100 buah pulau yang lain. Terdapat 37 gunung berapi di Filipina dan 18 daripadanya merupakan gunung berapi yang aktif. Kejadian yang terbaru berlaku pada 18hb Julai 2006 apabila Gunung Berapi Mayon meletup.
Gunung Pinatubo terletak di bahagian utara Filipina. Walaupun sudah tidak aktif selama 600 tahun, ia meletup semua pada tahun 1991 dan digelar 'letusan gunung berapi paling dasyat di Asia'.
Gunung Pinatubo yang berdiameter 20 ribu meter diliputi oleh abu gunung berapi. Aliran lumpur batu yang dasyat melimpahi dan menjalar berpuluh ribu meter jauhnya. Gunung berapi yang meletus akan membebaskan debu dan abu ke udara setinggi 30 ribu meter. Kemudian ianya menular ke seluruh stratosphera dan boleh mengakibatkan manusia mati serta cedera. Setelah tidak aktif semula, Gunung Berapi Pinatubo menjadi destinasi pelancongan yang terkenal.

  Letusan Gunung Berapi Pinatubo

Plat Tektonik


Bahagian dalam bumi terbahagi kepada kerak bumi, mantel dan juga teras bumi. ‘Plat’ terbentuk daripada kerak bumi dan mantel. Ketebalan plat boleh mencapai hingga 100 ribu meter. Permukaan bumi terbentuk daripada sembilan plat utama iaitu Plat Eropah, Afrika, India, Pasifik dan beberapa plat kecil yang lain. Hasil kajian ahli penyelidik mendapati plat bergerak beberapa sentimeter setiap tahun disebabkan aktiviti pemanasan yang berlaku di dalam mantel. Pergerakan dan pertembungan antara plat terbahagi kepada dua; sekeping plat menggelongsor di bawah plat yang lain; yang kedua ialah pertembungan antara plat. Pertembungan antara plat akan menghasilkan gunung dan boleh mengakibatkan berlakunya gempa bumi dan gunung berapi masih aktif.

Prinsip Seismometer Manual

Walaupun permukaan bumi bergegar, dacing tidak bergoyang. Oleh itu ia boleh digunakan bagi mengukur kekuatan gempa bumi

Mengapa Gempa Bumi Terjadi?


Gempa bumi terjadi apabila  berlaku gerakan secara mendadak dalam bahagian kerak bumi. Getaran hasil pergerakkan itu dilepaskan ke permukaan lalu menyebabkan bumi bergegar. Faktor utama yang menyebabkkan ketidakstabilan kerak bumi ialah pergerakkan plat gunung berapi. Oleh sebab itu, kawasan yang biasa dilanda gempa bumi adalah yang lebih kurang sama dengan tempat gunung berapi di peta plat sedunia. Manusia selalu beranggapan bahawa gempa bumi berlaku apabila permukaan bumi bergegar. Namun kejadian tersebut lebih sesuai dipanggil ‘gegaran yang disebabkan oleh gempa bumi’. Ini kerana pusat gempa bumi, ‘epicenter’ berada pada satu jarak yang agak jauh. Ketika itu, kekuatan gegaran di kawasan masing-masing diukur dalam ‘skala intensiti’. Ada sesetengah kawasan bacaan skalanya akan menjadi semakin tinggi. Di samping itu, pergerakan mendadak di dalam kerak bumi juga menghasilkan gegaran yang berbentuk gelombang yang kemudiannya bergerak ke semua arah. Sebab itulah kawasan persekitaran gempa bumi turut menerima impak gegaran. Semakin jauh kawasan dilanda gempa bumi dari titik pusat gempa maka semakin lemah gegarannya. Gelombang kejutan gempa bumi memiliki sifat yang sama dengan gelombang bunyi iaitu tersebar ke semua arah.

Lingkaran Cincin Api Pasifik


Di planet kita ini terdapat lebih 800 gunung berapi yang wujud. Merujuk gambar di bawah; gunung berapi hanya terletak di kawasan spesifik atau secara tepatnya mengikut bentuk rantaian unik yang dipanggil ‘lingkaran gunung berapi’. Terdapat tiga lingkaran gunung berapi utama iaitu Lingkaran Cincin Api Pasifik, Lingkaran Alpide (termasuk Gunung Himalaya) dan Lingkaran Atlantik Tengah. Daripada jumlah gunung berapi yang terdapat di dunia, 4/5 terletak di Lingkaran Cincin Api Pasifik. Gunung berapi tersebut bukan sahaja masih aktif, malah tersusun dalam bentuk rangkaian yang sangat ketara. Secara keseluruhannya, Lingkaran Cincin Api Pasifik, Lingkaran Gunung Pasifik dan Lingkaran Gempa Bumi Pasifik terletak di lokasi yang sama. Faktor pembentukkannya boleh kita fahami melalui teori plat tektonik. 

Lava Paling Panas Di Bumi


Magma yang meletus keluar dari permukaan bumi dipanggil ‘lava’. Wap air dan gas yang terdapat di dalam magma akan meletus keluar dari permukaan bumi bersama magma, bukannya aliran lava. Oleh itu, kandungan magma dan lava sangat berbeza. Berdasarkan peratus komposisi gas silicon dioksida, lava boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu ‘lava felsic atau rhyolit yang bersifat asid’, lava andesit yang bersifat neutral’ dan ‘lava mafik atau basalt yang bersifat alkali’. Suhu lava yang diletuskan semakin rendah apabila sifat lava semakin berasid. Suhu lava yang berasid ialah pada 900 darjah Celcuis hingga 1000 darjah Celcius, lava neutral pula boleh mencapai 1000 darjah Celcuis hingga 1100 darjah Celcius manakala lava berakali pula mencecah 1100 darjah Celcius hingga 1200 darjah Celcius. Komposisi bahan kimia di dalam lava berbeza mengikut gunung berapi masing-masing. Sesetengah gunung berapi juga mempunyai komposisi lava yang disebabkan waktu aktif yang berbeza. Secara umum, lava berasid yang amat likat akan membeku di sekitar kawah, manakala lava berakali yang kurang likat akan bergerak jauh sehingga membentuk aliran lava.

Jenis-Jenis Gunung Berapi


Merujuk pengaktifan gunung berapi tersebut, ia terbahagi kepada tiga jenis; aktif, pendam dan mati.

Gunung berapi aktif – masih aktif atau akan meletup mengikut jangka masa tertentu.

Gunung berapi pendam – pernah meletus tetapi stabil sekarang. Biasanya ia mempunyai bentuk kon gunung berapi yang sempurna. Ia masih memiliki keaktifan gunung berapi ataupun tidak boleh dikenal pasti kehilangan keaktifan gunung berapi, malah mungkin akan meletup lagi.

Gunung berapi mati – pernah meletus tetapi tidak aktif lagi dalam sejarah. Ia telah kehilangan keaktifan gunung berapi. Walau bagaimanapun insiden gunung berapi mati meletus lagi berlaku baru-baru ini. Oleh itu gunung berapi yang mungkin akan aktif semula (termasuklah gunung berapi aktif yang dahulu, gunung berapi pendam dan sebahagian gunung berapi mati) turut dipanggil ‘gunung berapi aktif’.

Jenis Letusan Gunung Berapi


Jenis letusan gunung berapi biasanya berkait rapat dengan sifat magma. Letusan yang mudah meletup berlaku pada gunung berapi yang memiliki lava bersifat likat (lava felsik dan lava andesit). Manakala letusan yang lebih tenang pula berlaku pada gunung berapi yang memiliki lava mafik atau basalt yang kurang likat.

 
Letusan HAWAIIAN
 *Letusan tenang dimana lava mengalir secara perlahan. Lava mafik akan bergerak jauh dan merebak seperti banjir. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai letusan banjir lava mafik. Contohnya boleh kita lihat di Gunung Berapi Kilauea  dan Mauna Loa di Hawaii.

 Letusan Strombolian
 *Meletus pada skala kecil dan mengeluarkan lava mafik atau basalt. Berasal daripada nama Gunung Berapi Stromboli yang terletak berhampiran Laut Mediterranean. Selain itu Gunung Aso di Jepun juga tergolong dalam jenis ini.

Letusan Vulcanain
 *Berlaku apabila pancutan lava dan letusan berlaku secara berselang-seli. Ianya dikatakan lebih menyerupai letusan Strombolian. Apabila selang masa antara letusan terlalu lama, lava akan membeku dan menutup kawah. Tekanan gas dari gunung berapi akan memecahkan lapisan lava lalu mengakibatkan aliran piroklastik. Tambahan pula, debu gunung berapi akan diletuskan bersama jumlah udara yang besar lalu membentuk awan hitam berbentuk kubis bunga.

Letusan Plinian
*Jenis letusan yang paling kuat. Awan panas yang terhasil lebih tebal daripada letusan Vulcanain. Sifatnya memancut aliran piroklastik yang sungguh likat. Apabila ia jatuh dengan kelajuan tinggi dari langit, setiap makhluk hidup yang berada di bawah akan mati.

Tuesday 17 July 2012

Gua Terbentuk Daripada Magma

Apabila lava mengalir, permukaan bahagian atas yang bersentuhan dengan udara akan membeku dan mengeras. Kemudian, ia menjadi batu tetapi lava yang berada di bahagian dalam tidak membeku dan akan terus mengalir ke kawasan yang lebih rendah. Runag yang terhasil diantara kedua-dua ini dipanggil gua lava. Fenomena ini boleh ditemui di persekitaran gunung berapi perisai. Apabila lava mengalir di bawah permukaan bumi, gas gunung berapi yang terhasil akan berkumpul di bahagian atas gua untuk menyokong tempat tersebut. Udara yang mengalir masuk ke bahagian atas bercampur dengan gas gunung berapi, tindak balas pengasidan akan berlaku lalu meghasilkan kepanasan yang melarutkan batu pada bahagian atas. Lava yang dipanaskan akan larut semula kemudian jatuh seperti titisan air. Lalu, lava akan membeku dan membentuk batu stalaktit atau stalagmite. Disebabkan tekanan gas di dalam gua lava, bahagian bumbung lebih nipis dan mudah runtuh malah akan meletus lalu menjadi pintu masuk gua.

 Sumber: Komik Ikhtiar Hidup Di Kawasan Gunung Berapi oleh Kang Gyung-Hyo

 
Kredit:-->
http://wong168.files.wordpress.com/2011/07/gua_mulu_caves_deer_cave_in_sarawak.jpg

Asal-Usul Gunung Berapi

Pada zaman dahulu, orang Yunani menganggap gunung kediaman para dewa dan dewi.  Apabila Gunung Berapi Etna yang terletak di timur pesisir  Pulau Sicily, Italy meletus, orang Yunani menganggap kejadian gempa tersebut disebabkan oleh Dewa Api dan tukang besi; Hephaeutus yang sedang membina senjata dewa di bawah tanah yang dipenuhi bunga api dan asap. Selepas itu, orang Yunani juga menggelar Hephaeutus sebagai  ‘Vulcanus’ .  Disebabkan itulah nama Inggeris bagi gunung berapi dipanggil  ‘volcano’.

 Sumber: Komik Ikhtiar Hidup Di Kawasan Gunung Berapi oleh Kang Gyung-Hyo

Wednesday 4 July 2012

Aliran Piroklastik Yang Menakutkan


Gas gunung berapi, batu kelikir, debu gunung berapi dan pelbagai jenis bendasing akan dilepaskan ke udara apabila gunung berapi meletus. Aliran piroklastik ini akan runtuh dan megalir ke kaki gunung dengan kelajuan yang sangat menakutkan. Fenomena ini dikenali sebagai aliran piroklastik. Ini merupakan ancaman yang paling bahaya apabila gunung berapi meletus. Pada tahun 79, Masihi, Gunung Berapi Vesuvius di Itali meletus. Aliran piroklastik yang dihasilkan menyebabkan Bandar Pompeii yang serba maju dan makmur pada zaman Rom Purba musnah sekelip mata sahaja. Kerja penggalian artifak di Bandar Pompeii menemui sejumlah tulang seorang wanita yang berkecai melebihi 200 serpihan. Penemuan ini jelas menunjukkan kekuatan menakjubkan akibat aliran piroklastik. Kelajuan aliran piroklastik yang terpantas pernah dicata mencecah 200 ribu meter per jam. Suhu bahagian dalamnya di antara 300 darjah Celcius hingga 800 darjah Celcius. Letusan Gunung Berapi Pelee di Pulau Martinique yang terletak berhampiran Kepulauan India Barat pula berlaku pada tahun 1902. Aliran piroklastik letusan gunung berapi tersebut menyelubungi Kampung Saint Pierre sejauh 8000 meter. Dalam masa satu hingga dua minit, lebih kurang 28,000 penduduknya maut akibat sesak nafas.


 

 Sumber: Komik Ikhtiar Hidup Di Kawasan Gunung Berapi oleh Kang Gyung-Hyo