Wednesday 18 July 2012

Lingkaran Cincin Api Pasifik


Di planet kita ini terdapat lebih 800 gunung berapi yang wujud. Merujuk gambar di bawah; gunung berapi hanya terletak di kawasan spesifik atau secara tepatnya mengikut bentuk rantaian unik yang dipanggil ‘lingkaran gunung berapi’. Terdapat tiga lingkaran gunung berapi utama iaitu Lingkaran Cincin Api Pasifik, Lingkaran Alpide (termasuk Gunung Himalaya) dan Lingkaran Atlantik Tengah. Daripada jumlah gunung berapi yang terdapat di dunia, 4/5 terletak di Lingkaran Cincin Api Pasifik. Gunung berapi tersebut bukan sahaja masih aktif, malah tersusun dalam bentuk rangkaian yang sangat ketara. Secara keseluruhannya, Lingkaran Cincin Api Pasifik, Lingkaran Gunung Pasifik dan Lingkaran Gempa Bumi Pasifik terletak di lokasi yang sama. Faktor pembentukkannya boleh kita fahami melalui teori plat tektonik. 

No comments:

Post a Comment