Wednesday 18 July 2012

Mengapa Gempa Bumi Terjadi?


Gempa bumi terjadi apabila  berlaku gerakan secara mendadak dalam bahagian kerak bumi. Getaran hasil pergerakkan itu dilepaskan ke permukaan lalu menyebabkan bumi bergegar. Faktor utama yang menyebabkkan ketidakstabilan kerak bumi ialah pergerakkan plat gunung berapi. Oleh sebab itu, kawasan yang biasa dilanda gempa bumi adalah yang lebih kurang sama dengan tempat gunung berapi di peta plat sedunia. Manusia selalu beranggapan bahawa gempa bumi berlaku apabila permukaan bumi bergegar. Namun kejadian tersebut lebih sesuai dipanggil ‘gegaran yang disebabkan oleh gempa bumi’. Ini kerana pusat gempa bumi, ‘epicenter’ berada pada satu jarak yang agak jauh. Ketika itu, kekuatan gegaran di kawasan masing-masing diukur dalam ‘skala intensiti’. Ada sesetengah kawasan bacaan skalanya akan menjadi semakin tinggi. Di samping itu, pergerakan mendadak di dalam kerak bumi juga menghasilkan gegaran yang berbentuk gelombang yang kemudiannya bergerak ke semua arah. Sebab itulah kawasan persekitaran gempa bumi turut menerima impak gegaran. Semakin jauh kawasan dilanda gempa bumi dari titik pusat gempa maka semakin lemah gegarannya. Gelombang kejutan gempa bumi memiliki sifat yang sama dengan gelombang bunyi iaitu tersebar ke semua arah.

No comments:

Post a Comment